selamat datang ke blog qandil !

nikmati la laman qandil...

Isnin, 25 Januari 2010

DERAIAN KASIHKU UNTUK-MU

Rabbi perancang untukku
Betapa aku kerdil lagi longlai
Betapa berat ujian Mu
Ku redha dan pasrah segala hanya pada Mu

Rabbi...kusedari dan terjaga dari lena sepi kehidupan
Betapa indah dan gahnya nikmat semua ini
Selama ini aku alpa
Dalam ujian ini
Aku mengeluh dan kesah
Kufurnya aku pada Mu
Kini kuharap cintaMu
Kuharap kasihMu
Aku merindui Mulafaz suci yang kuucapkan
Yang aku ungkapkan
dalam solat ku
dalam doaku
mengatur bait-bait zikir
seksa dan derita yang kutempuhi
biarlah berakhir
dan menjadi pengubat segala khilafku terhadap Mu
deraian air mata kasih ini
terbayang segala kurniaanMu yang melimpahiku
terpapar segala nikmat yang Kau hantarkan padaku
Maafkan aku duhai Tuhanku
Ampuni lah aku
Sejak azali lagi
ya Rabbi perkasakan aku
jauhi aku dari putus harapan
hindari aku dari bisikan songsang
aku merindui Mu
perkenankan doaku untuk bersua dengan Mu

Selasa, 12 Januari 2010

JIWA JUANG KU

kafilah berdagang dari Mekah
memakan masa berpuluh hari
garisah guru terdidik sudah
kerana anakku ku gagahi di sini

datang hamba bersama kafilah
kafilah berdagang periuk belanga
walang bercempera ke mana entah
melihat anak, ku kembali berbunga

Jumaat, 8 Januari 2010

SATU TEKAD

BERMULA PADA HARI INI AKU BERSAMA TEKAD DAN AZAM BARU. AKU BERDIRI DI SINI KERANA AMANAHKU DI SINI. TERUSKAN PERJUANGAN, JANGAN PULANG ANDAI PERJUANGAN BELUM SELESAI. AKU DI SINI KERANA ANAK-ANAKKU DI SINI AMAT MEMERLUKAN AKU, LANTAS ALLAH TAKDIRKAN AKU DI SINI. MENGINTAI PADANG KEHIDUPAN DI CELAH TIUPAN LALANG DAN UNGGAS BERTERBANGAN YANG SENTIASA MENGUCAPKAN TASBIH KEPADA ALLAH BEGITU JUGA DIRIKU KEPADA YANG MAHA ESA. SAMBIL TIUPAN SAYU MELAGUKAN LAGU KERINDUAN PADA INSAN YANG DITINGGALKAN DEMI SEBUAH PERJUANGAN YANG BERMATLAMAT INI. AKU BERHENTI BERHARAP PADA SUATU YANG TAK PASTI REALITINYA. IMAGINASILAH PADA REALITI YANG PASTI.

Khamis, 7 Januari 2010

CERITA HARI ESOK

ESOK. Fazira anak murid aku akan berpindah sekolah, baru beberapa bulan aku mengajarnya, terasa sedih sekali...semoga Fazira berjaya dalam kehidupan nanti, doa cikgu sentiasa mengiringi Fazira. Cikgu sangat sedih waktu Fazira nangis tadi, walaupun kita masih baru, tapi bagi cikgu macam dah kenal lama. Salam kasih cikgu nini untuk Fazira.

KINI AKU PASRAH.

Aku mesti berubah, sampai bila aku mesti mengharapkan untuk aku ditukarkan ke negeri sembilan. Aku tidak tahu apa yang akan berlaku dan aku rasakan apabila ditukarkan di sana. Perancangan Allah untuk diriku amat baik, Dia mengetahui segalanya. Kenapa dan mengapa aku mesti mempersoalkan pada diri aku lagi. Amanah ku di sini, aku mesti bantu anak muridku yang serba kekurangan, mereka pendidikan khas semestinya akulah guru khas yang ditakdirkan oleh Allah untuk mereka. Perjuangan aku belum selesai di sini, sampai satu saat....Allah lah penentu segalanya. Kini aku pasrah dengan segalanya. Aku memegang amanah ilmu di bumi takzim ini. Akulah JULI HANINI JOHARI guru PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN DI SMKSA, FELDA BUKIT BESAR. KULAI.

Isnin, 4 Januari 2010

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

salam ta'aruf
hari pertama persekolahan...niat yang satu mendidik anak-anakku.
perjuangan seorang pejuang...teruskan walaupun membawa hati yg lara ni.