selamat datang ke blog qandil !

nikmati la laman qandil...

Khamis, 19 November 2009

HARI LAST PERSEKOLAHAN 2009

hari ni hari terakhir sesi persekolahan...esok aku akan balik ke negeri sembilan seterusnya ke pahang untuk menyambut hari raya aidul adha. seronoknya cuti sekolah.

Jumaat, 13 November 2009

ASAM GARAM KEHIDUPAN

Inikah dugaan yang terima?
Dugaan…inikah dugaan untukku…

Ujian dan dugaan asam garam kehidupan. Air mata lautan kehidupan.

Sebelum berkahwin
Terpaksa berhadapan dengan 1001 masalah.
Dalam semester 7 adalah semester kesedihan yang penuh air mata dan tekanan perasaan.
Banyak hati yang hendak dan perlu dijaga sampai hati sendiri meraung tapi tak perasan. Sabar je la, ALLAH yang bantu selesaikan masalah di hari perkahwinan, terima kasih ALLAH sbb alihkan hujan untuk majlis tu, kalau tak,kene lagi aku ni...

Praktikum
Nak balik ke rumah sewa untuk kembali bertugas, motor langgar belakang kereta dan remuk, aduh...dugaan lagi, nak mintak ganti rugi tapi orang tu pun susah jgk. Tak dapat untuk ganti. Redha je la, dugaan hidup, dahla praktikum tak bergaji, keluarkan duit lagi ada lah...tak pela mungkin adalah kesalahan yang dilakukan tapi tak perasan.

Posting di Kulai, Johor
Adalah satu ujian dan dugaan.
Terpaksa aku terima berjauhan daripada suami. Mintak negeri sembilan dan pahang. Tapi dapat di bumi takzim ni, orang lain dapat tempat yang mintak dan dekat...tapi aku yang dah kawin ni dapat jauh...tapi xpela syukur dapat jugak kerja... pasrah je la, itu kehendak Nya.

Buat rayuan di Putrajaya
Aku pergi ke putrajaya dengan tujuan untuk pertimbangkan pemohonan aku untuk posting di negeri sembilan, tapi tak dapt brjumpa dengan ketua unit tu, aduh hai...orang yang tak kawin dapat negeri yang mintak tapi kenapa aku tercampak?

Semasa
Sekarang kawan baik bukan lagi terbaik, dulu sblm posting selalu tanya tentang perkembangan posting, wlpun aku sibuk, aku tak pernah tak balas pertanyaan diorang, tapi bila aku posting jauh dan minta tolong sikit je, diorang senyap...sunyi sepi bukan mesej yang tak berbalas tapi aku kol pun dah tak jawab...terasa aku...tak pe ini mungkin hari aku.. inilah ujian yang berat yang mesti aku terima...inilah hakikat yang harus aku terima dalam realiti kehidupanku.

Nak balik seremban, bas pulak terlepas... tunggu bas pukul 245 ptg tapi bas datang pukul 330 ptg...dah la nak curi masa nak lama sikit duk umah, tapi smapai umah dah malam... haha..Menguji keteguhan iman.

Nak balik ke Kulai.
Kena saman dengan polis trafik yang budiman, tak da kamera tak ada rakaman tapi cakap orang bersalah. Itulah takdirnya. Ya ALLAH...aku cuba untuk tidak lagi menangis, tapi air mata laju memikir kehidupan aku begitu mencabar hari demi hari.. tgok macam simple tp aku yang laluinya cukup tertekan.
BETAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI MENGALAS BEBANAN. KINI AKU TAHU APA ITU ERTI SEBUAH KEHIDUPAN. KEHIDUPAN BUKAN SUATU YANG SENANG DAN MUDAH TAPI SANGAT KOMPLIKATED. WAHAI INSAN YANG SUKA MEMBUANG MASA, HARGAILAH KEHIDUPAN, KERANA KEHIDUPAN SANGAT BERHARGA DAN PERLU UNTUK DIJAGA DENGAN BAIK.

AKU HARGAI ERTI SEBUAH KEHIDUPAN.

Episod Pelayaran Sepi

Siapa kata tak rindu
Siapa kata tak sayang
Hanya Tuhanku yang tahu
Tiap saat yang berdetik mendetikkan
Satu rasa
Satu perasaan
Hanya cinta padamu!

Namun apakan daya
Gelora hati melaut rasa
Ombak resah mehempas tak jemu ke pantai hati
Aku nelayan hiba
Mencari rezeki di laut jauh
Menanti berlabuh kapal pulang petang
Hari-hari begini
tak pernah henti untuk merindui
tak pernah jemu untuk mencintai

Tuhanku memberi masa aku bersendirian di sini
Di lautan rezeki
Mencari secupak rezeki
Mencari seribu satu hikmah di kejauhan
Menghitung hari
Mengira detik sendirian
Dalam diam aku belayar
Pelayaran ini penat bagi diriku
Aku penat dalam kehidupan ini
Namun bukan noktah akhir yang aku calitkan
Tapi pembuka kata
Memulakan madah
Kerana rezekiku dijanjikan di sini
Sebuah pelayaran sepi.


Oleh: PERINDU KETENANGAN HAKIKI

UJIAN INI BEGITU BESAR BUAT DIRIKU

Aku sering mengharapkan agar kejauhan ini hanyalah satu mimpi, tapi inilah hakikat yang harus aku terima. Ini lah realiti hidupku seorang hamba Ilahi.

Rasullah pun sewaktu mendapat musibah beliau menangis. Sahabat bertanya, apakah ini ya Rasulullah? Beliau bersabda, “ ini hádala petanda Ramat dan kasih sayang, kita tidak berucap kecuali apa yang di redhai Allah.

Sebenarnya sesuatu yang menimpa ini tidak selalu buruk.

Jangan merasa jauh hati, kecewa, terhina, jangan larat dan larut dalam kesedihan...kita adalah orang yang mendapat kedudukan yang tinggi selaam kita beriman. Dalam surah Ali Imran, Allah berfirman, tujuan Allah turunkan cubaan dan dugaan adalah supaya Allah mengangkat diri dalam kalangan kamu sebagai syuhada’.

Ya Allah, berikanlah kepada ku kehidupan dunia yang baik dan kehidupan akhirat yang baik. Jauhkanlah kami dari seksaan api neraka. Amin Ya Rabbal A’lamin.


-the long distance wife