selamat datang ke blog qandil !

nikmati la laman qandil...

Khamis, 19 November 2009

HARI LAST PERSEKOLAHAN 2009

hari ni hari terakhir sesi persekolahan...esok aku akan balik ke negeri sembilan seterusnya ke pahang untuk menyambut hari raya aidul adha. seronoknya cuti sekolah.

Jumaat, 13 November 2009

ASAM GARAM KEHIDUPAN

Inikah dugaan yang terima?
Dugaan…inikah dugaan untukku…

Ujian dan dugaan asam garam kehidupan. Air mata lautan kehidupan.

Sebelum berkahwin
Terpaksa berhadapan dengan 1001 masalah.
Dalam semester 7 adalah semester kesedihan yang penuh air mata dan tekanan perasaan.
Banyak hati yang hendak dan perlu dijaga sampai hati sendiri meraung tapi tak perasan. Sabar je la, ALLAH yang bantu selesaikan masalah di hari perkahwinan, terima kasih ALLAH sbb alihkan hujan untuk majlis tu, kalau tak,kene lagi aku ni...

Praktikum
Nak balik ke rumah sewa untuk kembali bertugas, motor langgar belakang kereta dan remuk, aduh...dugaan lagi, nak mintak ganti rugi tapi orang tu pun susah jgk. Tak dapat untuk ganti. Redha je la, dugaan hidup, dahla praktikum tak bergaji, keluarkan duit lagi ada lah...tak pela mungkin adalah kesalahan yang dilakukan tapi tak perasan.

Posting di Kulai, Johor
Adalah satu ujian dan dugaan.
Terpaksa aku terima berjauhan daripada suami. Mintak negeri sembilan dan pahang. Tapi dapat di bumi takzim ni, orang lain dapat tempat yang mintak dan dekat...tapi aku yang dah kawin ni dapat jauh...tapi xpela syukur dapat jugak kerja... pasrah je la, itu kehendak Nya.

Buat rayuan di Putrajaya
Aku pergi ke putrajaya dengan tujuan untuk pertimbangkan pemohonan aku untuk posting di negeri sembilan, tapi tak dapt brjumpa dengan ketua unit tu, aduh hai...orang yang tak kawin dapat negeri yang mintak tapi kenapa aku tercampak?

Semasa
Sekarang kawan baik bukan lagi terbaik, dulu sblm posting selalu tanya tentang perkembangan posting, wlpun aku sibuk, aku tak pernah tak balas pertanyaan diorang, tapi bila aku posting jauh dan minta tolong sikit je, diorang senyap...sunyi sepi bukan mesej yang tak berbalas tapi aku kol pun dah tak jawab...terasa aku...tak pe ini mungkin hari aku.. inilah ujian yang berat yang mesti aku terima...inilah hakikat yang harus aku terima dalam realiti kehidupanku.

Nak balik seremban, bas pulak terlepas... tunggu bas pukul 245 ptg tapi bas datang pukul 330 ptg...dah la nak curi masa nak lama sikit duk umah, tapi smapai umah dah malam... haha..Menguji keteguhan iman.

Nak balik ke Kulai.
Kena saman dengan polis trafik yang budiman, tak da kamera tak ada rakaman tapi cakap orang bersalah. Itulah takdirnya. Ya ALLAH...aku cuba untuk tidak lagi menangis, tapi air mata laju memikir kehidupan aku begitu mencabar hari demi hari.. tgok macam simple tp aku yang laluinya cukup tertekan.
BETAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI MENGALAS BEBANAN. KINI AKU TAHU APA ITU ERTI SEBUAH KEHIDUPAN. KEHIDUPAN BUKAN SUATU YANG SENANG DAN MUDAH TAPI SANGAT KOMPLIKATED. WAHAI INSAN YANG SUKA MEMBUANG MASA, HARGAILAH KEHIDUPAN, KERANA KEHIDUPAN SANGAT BERHARGA DAN PERLU UNTUK DIJAGA DENGAN BAIK.

AKU HARGAI ERTI SEBUAH KEHIDUPAN.

Episod Pelayaran Sepi

Siapa kata tak rindu
Siapa kata tak sayang
Hanya Tuhanku yang tahu
Tiap saat yang berdetik mendetikkan
Satu rasa
Satu perasaan
Hanya cinta padamu!

Namun apakan daya
Gelora hati melaut rasa
Ombak resah mehempas tak jemu ke pantai hati
Aku nelayan hiba
Mencari rezeki di laut jauh
Menanti berlabuh kapal pulang petang
Hari-hari begini
tak pernah henti untuk merindui
tak pernah jemu untuk mencintai

Tuhanku memberi masa aku bersendirian di sini
Di lautan rezeki
Mencari secupak rezeki
Mencari seribu satu hikmah di kejauhan
Menghitung hari
Mengira detik sendirian
Dalam diam aku belayar
Pelayaran ini penat bagi diriku
Aku penat dalam kehidupan ini
Namun bukan noktah akhir yang aku calitkan
Tapi pembuka kata
Memulakan madah
Kerana rezekiku dijanjikan di sini
Sebuah pelayaran sepi.


Oleh: PERINDU KETENANGAN HAKIKI

UJIAN INI BEGITU BESAR BUAT DIRIKU

Aku sering mengharapkan agar kejauhan ini hanyalah satu mimpi, tapi inilah hakikat yang harus aku terima. Ini lah realiti hidupku seorang hamba Ilahi.

Rasullah pun sewaktu mendapat musibah beliau menangis. Sahabat bertanya, apakah ini ya Rasulullah? Beliau bersabda, “ ini hádala petanda Ramat dan kasih sayang, kita tidak berucap kecuali apa yang di redhai Allah.

Sebenarnya sesuatu yang menimpa ini tidak selalu buruk.

Jangan merasa jauh hati, kecewa, terhina, jangan larat dan larut dalam kesedihan...kita adalah orang yang mendapat kedudukan yang tinggi selaam kita beriman. Dalam surah Ali Imran, Allah berfirman, tujuan Allah turunkan cubaan dan dugaan adalah supaya Allah mengangkat diri dalam kalangan kamu sebagai syuhada’.

Ya Allah, berikanlah kepada ku kehidupan dunia yang baik dan kehidupan akhirat yang baik. Jauhkanlah kami dari seksaan api neraka. Amin Ya Rabbal A’lamin.


-the long distance wife

Jumaat, 30 Oktober 2009

Mencari hikmah di sebalik kejauhan ini...

26 OKTOBER 2009.

Tarikh keramat yang aku patut terima dan syukur tapi penuh kesedihan...syukur dipanjatkan pada ILAHI kerana telah dapat menjadi seorang guru. akulah guru PENDIDIKAN KHAS SEPENUH MASA, di SMK di bumi indah lagi bertuah penuh takzim itu lah negeri gah JOHOR DARUL TAKZIM. Apa yang sedu dan sedih ialah kerana aku terpaksa berjauhan dengan suami yang berada di negeri Minang kabau, Negeri Sembilan. jarak perjalanan hampir 300km  merasakan jauh terlalu jauh. inilah yang dikatakan asam garam kehidupan. aku bersujud kepada Nya minta ditabahan hati dan kuat mengharungi kehidupan di sini...amanah ku di sini sebagai pendidik.mencari hikmah di sebalik kejauhan ini sambil cinta sedang bertasbih merindui seoang suami. berat dan sangat berat ujian in, tapi aku beriman bahawa Allah perancang terbaik, Allah sedang melihat di saat air mata berjurai menerjuni pipi. Syukur di samping segala, rakan sepejuang sentiasa memberi semangat utuk aku berjuang sebagai seorang pendidik anak-anak istimewa di bumi barakah ini.

Jumaat, 2 Oktober 2009

MONOLOG SEPI

Apakah apabila kita diuji bererti Allah menyayangi kita…?Persoalan demi persoalan tertera di laman fikiran…Kenapa dan mengapa aku diuji ? Kenapa diuji lagi...persoalan yang membuat kadang-kadang kita kena beristigfar agar tidak menjadi hamba yang kufur...pujuk lah hati mu sendiri bahawa Allah menyayangi dan sentiasa melihat kita...Kepada Dia sahaja tempat mengadu harap...

Aku sering bermonolog sendirian...
KENAPA AKU DIUJI?
KENAPA SEBERAT INI ?
KECEWA DAN DERITA HATI INI...
BAGAIMANA UNTUK TERUSKAN HIDUP INI?
AKU PENAT DENGAN KEHIDUPAN INI...
PENAT PERASAAN
PENAT EMOSI
MENCARI HIKMAH YANG TERSELIT DICELAH-CELAH DUGAAN DAN UJIAN INI...
TAPI AKU MUSLIM...TELAH DIBEKALKAN DENGAN PANDUAN YANG SUCI...AL-QURAN KARIM...


" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139

" Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45
" Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87

Resipi Qaseh

Rabu, 19 Ogos 2009

RAMADHAN TERAKHIR?

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Tentu dari kala dini hari tadi
Kita telah sibuk berzikir dan
Memohon ampun dari-Nya

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Sudah tentu kita menanti tibanya solat
Untuk solat di awal waktu
Bagai merindu menanti kehadiran kekasih
Tunduk insaf lagi tawaddu’
Mengadap tuhan yang Maha Satu

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Pasti duduk tak lekang dari sejadah mengadu nasib
Merayu dayu melafazkan doa
Memuji merintih tak penat lidah
Mencari waktu tak pernah senggang
Membaca dan melagukan kalimah suci
Berulang-ulang

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Pasti tak sabar menanti malam
Untuk bertemu solat tarawikh
Mengadu doa dalam tahajjud
Selimut dan bantal bukan lagi teman
Tapi berteman qiamullail
Tercari mencari lailatul qadar
Malam idaman
Malam istimewa
Yang lebih agung daripada 1000 bulan

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Pasti kita telah membuat persiapan
Menyambut lebaran Izrail
Zahir dan batin
Bukan lagi pakaian indah
Dan juadah beraneka

Ya Allah...
Andai ini ramadhan terakhir untuk kami
Engkau kurniakanlah ramadhan ini
Paling bererti dan bermakna bagi kami
Bercahaya menyinari kehidupan kami

Tapi...
Bukanlah bidang kuasa kita yang mengetahui
Apakah ini ramadhan terakhir
Hanya Ya Alim
Yang maha mengetahui
Bersama kita memanjatkan doa
Agar kita semua dapat menikmati ramadhan ini
Penuh keberkatan dan kerahmatan
Namun andai ini benar ramadhan terakhir buat kita
Ampunkanlah segala
Salah dan silap



Salam ramadhan untuk suami Umar al Farooq Ishak dan keluarga yang tersayang.

Selasa, 18 Ogos 2009

GIFTED/TALENTED

Gifted or talented children are competent, clever and also have complete thinking skill. According to Abdul Rahim (2007), gifted children show the best performance and great ability or show the highest performance compared to normal children. According to Nik Azis and Nooraini (1982), gifted children have three batches of interaction nature of people like they have general intellect talent that has average IQ of more than 120, they also have the highest level in liability to their job and creativity. The federation of America stated that, the children, students or youth who have high achievement and talent in intellectual, creativity, artistic, leadership and also in music and artistic are gifted defianble people. In order to achieve a higher level of recognition, these people have to show a special activity or service that is not available at the normal schools.

SEPI SEBUAH QALBU

Menyingkap tabir sepi
di jendela terletak di sudut sebuah kamar
bergelar qalbu
menyorot di sebalik bebenang halus
bak siratan akar
betapa banyaknya kesedihan yang berjungtai
betapa banyaknya kesayuan yang melampai
dan melambai
betapa banyaknya gundah yang menyapa
mengapa begitu?
berdosakah dia yang memiliki qalbu itu?
terfikir sejenak...
hati yang dipujuk sedih
hati yg disejukkan dengan air mata
terfikir aku adakah dosa yang menjadikannya begitu?
bertanya dan terus bertanya kepada penciptanya
lantas dikhabarkan di dalam mimpi
itulah kehidupan yang semua insan
tempuhi, tetapi disorokkan di kamar qalbu
tak siapa tahu
terfikir lagi
mampukah aku menanggunggnya?


SEPI SEBUAH DUKA YANG SUKAR DIMENGERTI TETAPI HARUS DIFAHAMI...RENUNGKANLAH


oleh,
qaseh perindu ketenangan hakiki

Jumaat, 7 Ogos 2009

HAMPARAN SABAR

Menyingkap tabir kesabaran
Melihat anyaman-anyaman benang indah
Tatapan orang

Betapa peritnya si penganyam
Menjalinkan bebenang halus
Menjadi satu hamparan
Tatapan orang

Betapa bahagianya orang yang dihadiahkan
Hamparan itu
Betapa sakitnya tangan si penganyam
Betapa pedihnya mata si penganyam
Semata-mata menyiapkan hamparan indah
Tatapan orang

Aduh...sakitnya kalbu si penganyam
Hamparan indah dianyam baik
Persis mencari mutiara di dasar
Dicarik orang

Hakikat indah pasti bersulam lara.

PERINGATAN BUAT DIRIKU !!!

Diriku…
malumu perisai pendinding maruah,
beranimu laksana pahlawan berjuang,
cintamu tiada gambaran dan bukti,
rindumu tiada pertemuan dan dating songsang tanpa penjaga,
kasihmu tiada lain kecuali pada YANG SATU,
setiamu selagi ia ketentuan-Nya,
sayangmu pada keluarga tiada yang asing,
hatimu sarat PRINSIP, ETIKA, IMAN DAN TAQWA..











Perindu ketenangan hakiki