selamat datang ke blog qandil !

nikmati la laman qandil...

Jumaat, 13 November 2009

Episod Pelayaran Sepi

Siapa kata tak rindu
Siapa kata tak sayang
Hanya Tuhanku yang tahu
Tiap saat yang berdetik mendetikkan
Satu rasa
Satu perasaan
Hanya cinta padamu!

Namun apakan daya
Gelora hati melaut rasa
Ombak resah mehempas tak jemu ke pantai hati
Aku nelayan hiba
Mencari rezeki di laut jauh
Menanti berlabuh kapal pulang petang
Hari-hari begini
tak pernah henti untuk merindui
tak pernah jemu untuk mencintai

Tuhanku memberi masa aku bersendirian di sini
Di lautan rezeki
Mencari secupak rezeki
Mencari seribu satu hikmah di kejauhan
Menghitung hari
Mengira detik sendirian
Dalam diam aku belayar
Pelayaran ini penat bagi diriku
Aku penat dalam kehidupan ini
Namun bukan noktah akhir yang aku calitkan
Tapi pembuka kata
Memulakan madah
Kerana rezekiku dijanjikan di sini
Sebuah pelayaran sepi.


Oleh: PERINDU KETENANGAN HAKIKI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan