selamat datang ke blog qandil !

nikmati la laman qandil...

Rabu, 19 Ogos 2009

RAMADHAN TERAKHIR?

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Tentu dari kala dini hari tadi
Kita telah sibuk berzikir dan
Memohon ampun dari-Nya

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Sudah tentu kita menanti tibanya solat
Untuk solat di awal waktu
Bagai merindu menanti kehadiran kekasih
Tunduk insaf lagi tawaddu’
Mengadap tuhan yang Maha Satu

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Pasti duduk tak lekang dari sejadah mengadu nasib
Merayu dayu melafazkan doa
Memuji merintih tak penat lidah
Mencari waktu tak pernah senggang
Membaca dan melagukan kalimah suci
Berulang-ulang

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Pasti tak sabar menanti malam
Untuk bertemu solat tarawikh
Mengadu doa dalam tahajjud
Selimut dan bantal bukan lagi teman
Tapi berteman qiamullail
Tercari mencari lailatul qadar
Malam idaman
Malam istimewa
Yang lebih agung daripada 1000 bulan

Adakah ini ramadhan terakhir bagi kita?
Andai ini ramadhan terakhir untuk kita
Pasti kita telah membuat persiapan
Menyambut lebaran Izrail
Zahir dan batin
Bukan lagi pakaian indah
Dan juadah beraneka

Ya Allah...
Andai ini ramadhan terakhir untuk kami
Engkau kurniakanlah ramadhan ini
Paling bererti dan bermakna bagi kami
Bercahaya menyinari kehidupan kami

Tapi...
Bukanlah bidang kuasa kita yang mengetahui
Apakah ini ramadhan terakhir
Hanya Ya Alim
Yang maha mengetahui
Bersama kita memanjatkan doa
Agar kita semua dapat menikmati ramadhan ini
Penuh keberkatan dan kerahmatan
Namun andai ini benar ramadhan terakhir buat kita
Ampunkanlah segala
Salah dan silap



Salam ramadhan untuk suami Umar al Farooq Ishak dan keluarga yang tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan