selamat datang ke blog qandil !

nikmati la laman qandil...

Selasa, 18 Ogos 2009

SEPI SEBUAH QALBU

Menyingkap tabir sepi
di jendela terletak di sudut sebuah kamar
bergelar qalbu
menyorot di sebalik bebenang halus
bak siratan akar
betapa banyaknya kesedihan yang berjungtai
betapa banyaknya kesayuan yang melampai
dan melambai
betapa banyaknya gundah yang menyapa
mengapa begitu?
berdosakah dia yang memiliki qalbu itu?
terfikir sejenak...
hati yang dipujuk sedih
hati yg disejukkan dengan air mata
terfikir aku adakah dosa yang menjadikannya begitu?
bertanya dan terus bertanya kepada penciptanya
lantas dikhabarkan di dalam mimpi
itulah kehidupan yang semua insan
tempuhi, tetapi disorokkan di kamar qalbu
tak siapa tahu
terfikir lagi
mampukah aku menanggunggnya?


SEPI SEBUAH DUKA YANG SUKAR DIMENGERTI TETAPI HARUS DIFAHAMI...RENUNGKANLAH


oleh,
qaseh perindu ketenangan hakiki

Tiada ulasan:

Catat Ulasan