26 OKTOBER 2009.
Tarikh keramat yang aku patut terima dan syukur tapi penuh kesedihan...syukur dipanjatkan pada ILAHI kerana telah dapat menjadi seorang guru. akulah guru PENDIDIKAN KHAS SEPENUH MASA, di SMK di bumi indah lagi bertuah penuh takzim itu lah negeri gah JOHOR DARUL TAKZIM. Apa yang sedu dan sedih ialah kerana aku terpaksa berjauhan dengan suami yang berada di negeri Minang kabau, Negeri Sembilan. jarak perjalanan hampir 300km merasakan jauh terlalu jauh. inilah yang dikatakan asam garam kehidupan. aku bersujud kepada Nya minta ditabahan hati dan kuat mengharungi kehidupan di sini...amanah ku di sini sebagai pendidik.mencari hikmah di sebalik kejauhan ini sambil cinta sedang bertasbih merindui seoang suami. berat dan sangat berat ujian in, tapi aku beriman bahawa Allah perancang terbaik, Allah sedang melihat di saat air mata berjurai menerjuni pipi. Syukur di samping segala, rakan sepejuang sentiasa memberi semangat utuk aku berjuang sebagai seorang pendidik anak-anak istimewa di bumi barakah ini.
Jumaat, 30 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan