selamat datang ke blog qandil !

nikmati la laman qandil...

Selasa, 2 Februari 2010

PANTUN BUAT ANAK-ANAKKU DI PKBP SSA

Pagi-pagi menanam lada
Lada ditanam di tepi kali
Walau banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Membeli belah di Batu Kikir
Di tengah jalan terpijak semalu
Sebarang kerja hendak difikir
Agar tidak mendapat malu

Ayam lapar agas dikejar
Kenyang perut disambar buaya
Kalau kita rajin belajar
Pastilah hidup akan berjaya

Terkena ulat tergaru-garu
Mencari sang ulat tak juga bertemu
Murid perlu hormatkan guruKerana guru pembekal ilmu

Sebelum jasad kita terbujur
Penuhilah dada amalan mulia
Jika hidup bersikap jujur
Hidup akan dipandang mulia

Bangun pagi menggosok gigi
Ambil sarapan makanan berserat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Terluka kaki dicucuk semalu
Sakit tertanggung lebam membiru
Semasa belajar tekun selalu
Jangan sesekali ingkari guru

Belayar di laut teringatkan mati
Sesekali gelora lautan biru
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu bapa dan juga guru

Lapar perut kerana tak makan
Singgah sebentar di bandar Chaah
Jika ilmu tidak diamalkanIbarat pohon tidak berbuah

Berjalan pulang di hari redup
Takut rasanya berjalan seorang
Budi bahasa amalan hidup
Sepanjang masa dihormati orang

Budak sekolah bermain judi
Satu perkara merosakkan bangsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi martabat kerana bahasa

Lari-lari tersadung batu
Luka berdarah sangat kuat
Kalau hidup selalu bersatu
semua perkara mudah dibuat

Taming sari mempunyai sakti
Ingatan rakyat zaman berzaman
Ajaran guru hendaklah ditaati
Agar kita tak sesat jalan

Tersergam indah bandar Bentung
Tempat berkumpul sekalian rakyat
Bulat air kerana pembetungBulat manusia kerana muafakat

Menang bertanding bersorak sakan
Gembira sampai tergigit lidah
Usia muda jangan disiakan
Nanti tua sesal tak sudah

Lama tak berjumpa ingin bertemu
Hari panas inginkan redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu pegangan penyuluh hidup

Mari bersama menaiki kereta
Menaiki kereta pergi Kemaman
Sopan santun budaya kita
Kekal kebanggaan zaman berzaman

Dunia akhirat seiring dikejar
Untuk bekalan di hari mati
Orang yang malas semasa belajar
Pasti menyesal di hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan