selamat datang ke blog qandil !

nikmati la laman qandil...

Selasa, 2 Februari 2010

TANYA PADA HATI.

Hati itu membawa cerita
Cerita cinta
Cerita kecewa dan derita

Hati itu membawa walang
Walang cinta pada dulang
Dulang kesedihan yang membara

Hati itu membawa wadah
Wadah mencari katarsis
Katarsis yang dikatakan ada dalam dirinya

Hati itu sunyi
Sunyi mencari cinta
Mencari cinta pada yang menyintai
Mencari cinta yang pasti
Mencari cinta yang hakiki
Cinta hakiki?
Cinta Rabbi.

Hati itu memendam cerita
Dan ceritera yang pelbagai
Pelbagai topik dan judul
Bermacam tajuk dan tema

Kenapa?
Ditanya pada hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan