selamat datang ke blog qandil !

nikmati la laman qandil...

Selasa, 23 November 2010

syukur ke hadrat Ilahi

salam kesyukuran...
setelah 14 bulan berada di kulai, johor..akhirnya aku dpt juga bertukar ke negeri sembilan
mmg seronok mndapat tukar ke tempat yg kita pohon, namun kesedihan tetap menyelubungi hati sanubari...
adat kehidupan yg datang pasti pergi
yg mula pasti berakhir
berakhir sebuah penantian
berakhir sebuah keletihan
keletihan perjalanan yg sgt jauh

Ahad, 25 April 2010

kita sbg hambaNYA

hidup kita tak pernah lari drp masalah...smkin tingkat usia smkin byk cabaran yg msti dan kena kita tempuhi....ujian mengangkat martabat...semoga aku berjaya menjadi insan yang mmpu mengharungi kehidupan yang telah ditetapkan oleh ALLAH....

Selasa, 6 April 2010

aku dan anakku

hari ni aku menghantar borang e-tukar yg telah online semlm kpd pengetua...aku mengharapkan semua mendoakan agar aku dpt ditukarkan ke negeri sembilan...tapi, aku rasa sedih...terharunya, bila sorg anak muridku menyatakan ayat..."cikgu, kalau dpt tukar nnti,cikgu jgnla tukar lagi...saya suka belajar dengan cikgu...ish...sedih pun rs, aku syg diorg semua...tp aku juga nk pindah...apapun keputusan yg akan aku terima nnti adalah yg terbaik utk aku...aku serahkan pd Allah mnenetukan segalanya..pindah atau tidak bkn lg persoalan bg aku sebagai seorg hamba yg ditugaskan sbg khalifah di bumi ini

Selasa, 30 Mac 2010

hidup

kehidupan sangat indah tapi sukar untuk dingertikan

Selasa, 2 Februari 2010

AKU INGIN CINTA

Sedang aku senyum bukan makna aku bahagia
Sedang aku ketawa bukan makna aku ceria
Dalam hati ini masih rongga berwadah sepi
Dalam hati ini masih ada yang tiada
Kecewa...derita ...resah dan lara
Aku mencari cahaya kasih
Cahaya cinta
Cahaya rindu
Dari siapa dan mana yang tak pasti bertandang
Mungkin membawa cerita cinta
Menbawa seribu dugaan dan cubaan
Ada sahaja dugaan
Seakan aku mendukung dosa
Ya Rabbi berikan aku cinta
Suakan aku cinta
Sebagai teman dalam sunyiku
Sebagai kawan dalam sepiku
Lindungi aku
Payungi aku di bawah payungan cahayaMu
Bagi lah hati ini nikmat sebuah cinta
Agar aku dapat hidup dalam kawah bahagia
Bagi aku cintaMu
Aku yakin aku juga berhak bahagia
Tolonglah aku wahai Pemilik cinta yang satu
Aku kepingin cinta dan bahagia

TANYA PADA HATI.

Hati itu membawa cerita
Cerita cinta
Cerita kecewa dan derita

Hati itu membawa walang
Walang cinta pada dulang
Dulang kesedihan yang membara

Hati itu membawa wadah
Wadah mencari katarsis
Katarsis yang dikatakan ada dalam dirinya

Hati itu sunyi
Sunyi mencari cinta
Mencari cinta pada yang menyintai
Mencari cinta yang pasti
Mencari cinta yang hakiki
Cinta hakiki?
Cinta Rabbi.

Hati itu memendam cerita
Dan ceritera yang pelbagai
Pelbagai topik dan judul
Bermacam tajuk dan tema

Kenapa?
Ditanya pada hati

PANTUN BUAT ANAK-ANAKKU DI PKBP SSA

Pagi-pagi menanam lada
Lada ditanam di tepi kali
Walau banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Membeli belah di Batu Kikir
Di tengah jalan terpijak semalu
Sebarang kerja hendak difikir
Agar tidak mendapat malu

Ayam lapar agas dikejar
Kenyang perut disambar buaya
Kalau kita rajin belajar
Pastilah hidup akan berjaya

Terkena ulat tergaru-garu
Mencari sang ulat tak juga bertemu
Murid perlu hormatkan guruKerana guru pembekal ilmu

Sebelum jasad kita terbujur
Penuhilah dada amalan mulia
Jika hidup bersikap jujur
Hidup akan dipandang mulia

Bangun pagi menggosok gigi
Ambil sarapan makanan berserat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Terluka kaki dicucuk semalu
Sakit tertanggung lebam membiru
Semasa belajar tekun selalu
Jangan sesekali ingkari guru

Belayar di laut teringatkan mati
Sesekali gelora lautan biru
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu bapa dan juga guru

Lapar perut kerana tak makan
Singgah sebentar di bandar Chaah
Jika ilmu tidak diamalkanIbarat pohon tidak berbuah

Berjalan pulang di hari redup
Takut rasanya berjalan seorang
Budi bahasa amalan hidup
Sepanjang masa dihormati orang

Budak sekolah bermain judi
Satu perkara merosakkan bangsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi martabat kerana bahasa

Lari-lari tersadung batu
Luka berdarah sangat kuat
Kalau hidup selalu bersatu
semua perkara mudah dibuat

Taming sari mempunyai sakti
Ingatan rakyat zaman berzaman
Ajaran guru hendaklah ditaati
Agar kita tak sesat jalan

Tersergam indah bandar Bentung
Tempat berkumpul sekalian rakyat
Bulat air kerana pembetungBulat manusia kerana muafakat

Menang bertanding bersorak sakan
Gembira sampai tergigit lidah
Usia muda jangan disiakan
Nanti tua sesal tak sudah

Lama tak berjumpa ingin bertemu
Hari panas inginkan redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu pegangan penyuluh hidup

Mari bersama menaiki kereta
Menaiki kereta pergi Kemaman
Sopan santun budaya kita
Kekal kebanggaan zaman berzaman

Dunia akhirat seiring dikejar
Untuk bekalan di hari mati
Orang yang malas semasa belajar
Pasti menyesal di hari nanti.